Thursday, September 20, 2012

Apa itu WANG SUNNAH

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar pahalanya yaitu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu". (HR Muslim)

Emas adalah aset terbaik bagi tujuan simpanan dan perlindungan masa depan kita dan keluarga. Jom kita sama-sama subur & kembalikan Wang Sunnah dengan menyimpan Dinar(Emas)
Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah DINAR dan DIRHAM .“
( Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal )

Friday, July 20, 2012

Apa itu e-book

e-book adalah singkatan daripada electronic book iaitu sebuah buku yang dapat dibaca melaui skrin komputer tidak seperti buku sebenar yang boleh dipegang dengan tangan. E-book begitu mudah dibaca dan disimpan hanya dalam komputer. Begitu mudah untuk membuat kertas kerja tanpa perlu menaip dengan panjang, cuma copy dan paste je, edit dengan menggunakan perkataan sendiri atau dijadikan sebagai nota kaki.
Untuk mencuba dan melihat contoh e-book, sila kllik di sini ajar anak membaca http://cc16epm1iuf-0r0pe8ycibi8r6.hop.clickbank.net/

e-book ini juga boleh dibeli melalui online..mudah kan.

Sunday, June 10, 2012

Selamat Datang Pelajar Unisza

Selamat datang diucapkan kepada  pelajar-pelajar Unisza yang menyewa rumah ini mulai 8 Jun 2012. Semoga anda semua menjadi penghuni yang baik dan dapat menjaga suasana rumah yan g ceria dan penuh berakhlak. Kehidupan sebagai pelajar memang sesuatu yang menyeronokan tetapi dalam masa yang sama mestilah pandai menjaga masa dan pergaulan yang baik. Ini adalah kerana masyarakat sentiasa memerhatikan gelagat dan kelakuan anda. Baik akhlak yang ditunjukan maka baiklah masyarakat melayani dan menanggapi anda. Begitulah sebaliknya, jika kurang kesopanan yang anda  tunjukkan maka masyarakat memandang serong kepada anda.  Akhirnya mencemarkan nama baik keluarga dan Universiti.....

......sekadar peringatan.
Terima kasih