"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR
KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN
KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT
MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK
MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN
NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
Dari
Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Satu dinar yang
kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk
memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan
satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar
pahalanya yaitu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu". (HR
Muslim)
Emas adalah aset terbaik bagi tujuan simpanan dan
perlindungan masa depan kita dan keluarga. Jom kita sama-sama subur
& kembalikan Wang Sunnah dengan menyimpan Dinar(Emas)
Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah DINAR dan DIRHAM .“
( Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal )